Sunday, March 21, 2010

BAGAIMANA KAMI MENDIDIK ANAK SIRI 2

Penulisan pengalaman ini saya lakarkan bukanlah bertujuan untuk mengajar, tapi sekadar berkongsi. Sekiranya ada manafaat, gunakanlah.


4. Anak tak mau baca buku

Anak saya yang lelaki ni susah sikit nak duduk tekun membaca buku. Hari peperiksaan untuk mata pelajaran sirah dah dekat. Sirah ni kena baca buku, kalau tak, tak ingat fakta. Suruh baca buku, dia asyik nak main. Jadi, saya pun merancang helah apa yang saya nak buat supaya dia baca buku.

Saya tanya tajuk mana yang akan disoal dalam peperiksaan. Kemudian, saya tengoklah buku teksnya secara umum. Kemudian, saya tanya dia fakta/cerita tentang tajuk berkenaan. Dia cerita satu persatu apa yang saya tanya. Bila tiba soalan yang dia tak dapat jawab, saya minta dia rujuk buku sirahnya dan dia pun mulalah membaca buku itu seterusnya....

Sebagai ibu, kita kena kreatif dan banyak akal.......

5. Memahami sifat anak untuk membantunya



Pada suatu hari, saya balik dari mesyuarat. Bila masuk ke rumah, saya dapati anak perempuan saya ni sedang menangis. Suami saya ada disisinya. Saya tanya suami, mengapa dia menangis. "Tak tau.." jawabnya. Lalu, saya pun ambil kertas kosong dan pen, saya letakkan depan anak saya yang menangis tu. Dengan linangan air mata, dia capai pen dan menulis sesuatu di atas kertas tersebut.... "Along belum hafal ayat Quran, esok muallimah nak soal....."

"Ooooo, abah dah hafal ayat tu, mai sini abah ajar..."

Alhamdulillah, selesai satu masalah.

3 comments:

al-khansa' said...

la.. along ke yang nangis tu..
comel je..
mesti along hafal ayat tu sampai skrg.. :)

naziyha said...

i still remember that day.. kecut perut sangat tau.. tak ingat pula ayat apa masa tu, rasanya satu surah. last2 malam tu hafal sikit2 dengan mak dan abah.. :)

terima kasih mak dan abah :)

jwisa said...

bagusnye nangis sebab x hafal lg ayat quran~ :)