Tuesday, October 11, 2016

Tips menyediakan anak yang serba boleh

Nikkole Paulin's fb post:
 I teach my son to cook & do household chores. Why? Because household work isn't just for women. Because one day he might be a single man, living on his own, who will actually know how to do laundry & not eat take out every night. Because one day he might want to impress a significant other with a meal cooked by his own hands. Because one day when he has kids & a spouse, he's going to need to do his fair share around the home. Because I live in a generation of people who complain that school didn't teach us how to cook, do laundry, tie a tie, or pay taxes. Because teaching my son how to do these things and be a productive member of society both outside the home and inside, starts with ME. Because it's okay to let your child be a child but still teach them lifelong lessons along the way. My son will never be too "manly" to cook or do chores. He will be the kind of man who can come inside from changing a tire to check on his pot roast. Who can properly sort his laundry and mow the lawn too. Remember parents, a man who believes he shouldn't have to cook or do chores was once a boy who was never taught any better. ❤️

Tuesday, August 25, 2015

MEMBINA KERJAYA ANAK


Ramai yang bertanya bagaimana anak-anak boleh dibentuk untuk mencapai kerjaya mereka serta dikatakan berjaya dalam kehidupan mereka.

Pertama sekali  perlu didefinasikan maksud "berjaya".  Apakah yang kita maksudkan dengan berjaya.

Berjaya dalam ertikata yang sebenarnya ialah berjaya dari segi keimanannya kepada Allah serta pengorbanannya, berjaya dari segi akhlaknya kepada semua orang terutama kepada ibu bapa dan guru-gurunya serta berjaya dalam kehidupanya. Tidak bermewahan dan tidak meninggi diri.

Untuk mencapai kejayaan sedemikian, bukanlah perkara yang mudah. Perlu ada pertautan hati-hati mereka dengan Allah swt dan seterusnya pertautan hati dengan ibu dan bapa. Sentiasa rapat dengan ibu dan bapa dan memohon restu mereka.

Dengan adanya pertautan hati dengan Allah swt, mereka akan jadi pelajar yang tekun dan istiqomah seterusnya menjadi pekerja yang berintegriti tinggi. Malaksanakan tugasan dengan amanah dan berkualiti dan boleh dipercayai.

Bagaimana melahirkan anak-anak sedemikian? Balik semula kepada kualiti ibu dan bapa, penghayatan ibu bapa dan persekitaran yang mereka bina dalam mendidik anak-anak. Tidak terlalu dimanjakan sehingga mereka terlalu bergantung kepada ibu bapa. Mereka perlu diajar membuat keputusan sendiri dan berdikari. Pada awalnya di bawah bimbingan ibu bapa, seterusnya ibu dan bapa perlu memberi kepercayaan kepada mereka untuk menentukan sesuatu keputusan. Pupuk keyakinan dalam diri mereka.

Dari kecil lagi ibu dan bapa perlu memerhati kecenderungan dan minat anak-anak. Seterusnya membimbing mereka dalam bidang yang diminati. Membimbing di sini juga bermaksud memberi pendedahan awal kepada bidang kerjaya yang bakal diceburi oleh anak itu secara langsung atau tidak langsung.

Wednesday, August 27, 2014

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Apa itu KBAT

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Top four levels of the cognitive domain: applying, analyzing, evaluating and creating.

Applying: 
Carrying out or using a procedure through executing or implementing

▪ Analyzing:
Breaking material or concepts into parts, determining how the parts relate or interrelate to one another or to an overall structure or purpose

▪ Evaluating:
Making judgments based on criteria and standards through checking and critiquing

▪ Creating: 
Putting elements together to form a coherent or functional whole; reorganizing elements into a new pattern or structure through generating, planning, or producing
                                                         
                                                                                                                     Bloom’s Taxonomy

Peranan ibu dan bapa dalam membina kemahiran berfikir dalam kalangan anak-anak

Ibu bapa perlu mendampingi anak-anak untuk membimbing mereka kemahiran berfikir.  Berbual dan berinteraksi dengan anak-anak dan melontarkan beberapa soalan mudah yang akan membuat mereka berfikir. Umpamanya sambil bermain tanyakan kepada mereka soalan mengapa kereta mesti mempunyai 4 tayar? Bagaimana kalau dikurangkan menjadi 3 tayar atau 2 tayar? Lihat bagaimana mereka berfikir menjawab soalan-soalan ini dan beri sedikit panduan sekiranya mereka tidak dapat menjawab dengan baik. Jangan sesekali mengherdik mereka sekiranya mereka tidak dapat memberi penjelasan. Galakkan mereka bercakap dan ibu bapa mesti bersabar dalam keadaan sebegini.

Bacaan Tambahan


Monday, December 12, 2011

BAGAIMANA KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK?

Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu.

Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing) dan susunan aturan (ordering).

Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan.
Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk.
Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes.


Bacaan Lanjut di sini

Wednesday, November 23, 2011

AKTIVITI ANAK SEMASA CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah telah masuk dua minggu berlalu. Ibu bapa sepatutnya membantu anak-anak merancang cuti panjang mereka. Perancangan ini akan membantu anak-anak mengurus masa cuti sebaik-baiknya serta berfaedah.

Apa yang boleh mereka lakukan?

1. Belajar masak, menjahit, membuat kraftangan dan seumpamanya (bagi anak perempuan)
2. Belajar kemahiran pengkomputeran (multimedia, animasi, bina blog dll)
3. Bercuti bersama kawan-kawan (dalam pengetahuan ibu bapa) atau keluarga
4. Menghadiri perkhemahan (motivasi, ibadah, mempelajari quran, tahfiz dll)
5. Mula belajar beberapa mata pelajaran untuk tahun depan
6. Menghadiri kelas bahasa (Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dll)
7. Menjadi anak angkat kepada keluarga lain

dan banyak lagi program yang boleh diatur sepanjang cuti persekolahan ini.

Semoga kita dapat membantu anak-anak supaya masa cuti mereka tidak habis begitu sahaja....

Saturday, November 5, 2011

Keutamaan korban

Mak ndak : Aisya, mengapa orang kena sembelih lembu?
Aisya : Sebab Allah suruh
Mak ndak : oo macam tu ke..
Aisya : Nanti di akhirat lembu tu akan hidup balik....

Tajuk :
Keutamaan korban
Hadith :
Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”.
(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Huraian
1. Korban adalah salah satu ibadat yang paling disukai Allah S.W.T. yang dilakukan oleh hambanya semata-mata kerana Allah, dan mengharapkan keredhaanNya.
2. Binatang-binatang korban akan datang pada hari kiamat nanti kepada orang yang melakukannya dengan keadaan seperti asalnya.
3. Darah korban itu terlebih dahulu jatuh ketempat yang disediakan oleh Allah S.W.T. sebelum ianya jatuh ke tanah. Darah yang menitis jatuh menjadi keampunan bagi dosa yang telah lalu.
4. Islam menggalakkan umatnya agar berkorban dengan binatang yang disayangi dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kepentingan menjelaskan erti sebenar sesuatu ibadah kepada anak-anak. Mereka akan ingat dan menyampaikan kepada orang lain