Apa itu KBAT
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Top four levels of the cognitive domain: applying, analyzing, evaluating and creating.
▪ Applying:
Carrying out or using a procedure through executing or implementing
▪ Analyzing:
Breaking material or concepts into parts, determining how the parts relate or interrelate to one another or to an overall structure or purpose
▪ Evaluating:
Making judgments based on criteria and standards through checking and critiquing
▪ Creating:
Putting elements together to form a coherent or functional whole; reorganizing elements into a new pattern or structure through generating, planning, or producing
Bloom’s Taxonomy
Peranan ibu dan bapa dalam membina kemahiran berfikir dalam kalangan anak-anak
Ibu bapa perlu mendampingi anak-anak untuk membimbing mereka kemahiran berfikir. Berbual dan berinteraksi dengan anak-anak dan melontarkan beberapa soalan mudah yang akan membuat mereka berfikir. Umpamanya sambil bermain tanyakan kepada mereka soalan mengapa kereta mesti mempunyai 4 tayar? Bagaimana kalau dikurangkan menjadi 3 tayar atau 2 tayar? Lihat bagaimana mereka berfikir menjawab soalan-soalan ini dan beri sedikit panduan sekiranya mereka tidak dapat menjawab dengan baik. Jangan sesekali mengherdik mereka sekiranya mereka tidak dapat memberi penjelasan. Galakkan mereka bercakap dan ibu bapa mesti bersabar dalam keadaan sebegini.
Bacaan Tambahan
No comments:
Post a Comment