Ibu bapa dan guru-guru perlu mempunyai sedikit pengetahuan tentang Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) supaya mereka lebih memahami kebolehan dan potensi mana yang dapat dikembangkan dalam diri anak-anak mereka atau murid-murid mereka.
Kecerdasan 1: Verbal/Linguistik
Kecerdasan ini berkait rapat dengan kemahiran penggunaan bahasa. Seseorang yang cerdas verbal kebiasaannya mahir membaca, menulis dan berkomunikasi dengan orang lain melalui pelbagai cara yang berkesan.
Kecerdasan 2: Logikal/Matematik
Kecerdasan ini melibatkan kemahiran menaakul, mengira, berfikir secara logic dan memproses sesuatu maklumat yang diterima.
Kecerdasan 3: Visual/Spatial (ruang)
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan berfikir dalam bentuk visual dan gambar ataupun rajah.
Kecerdasan 4 : Pergerakan Badan/Kinestetik
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan pergerakan badan.
Kecerdasan 5: Muzikal/Rima
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan mencipta muzik ataupun rentak tertentu, berupaya memahaminya, menterjemahkannya dan menghargainya.
Kecerdasan 6: Interpersonal
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami emosi, perasaan, ciri-ciri dan keupayaan orang lain dan bagaimana berinteraksi dengan mereka.
Kecerdasan 7:Intrapersonal
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami diri sendiri dan menggunakan pengetahuan itu bagi meningkatkan potensi diri sepanjang hayat.
Kecerdasan 8:Naturalis
Kecerdasan ini melibatkan keupayaan memerhati, memahami dan menghargai alam sekitar.
No comments:
Post a Comment