Semasa saya masih berkhidmat di sekolah sebagai guru Matematik, saya dapati ramai anak-anak kita yang tidak meminati mata pelajaran Matematik dan menganggap Matematik adalah susah.
Bagaimana pulak sebahagian dari anak-anak ini suka dan bagus dalam Matematik? Ibu dan bapa boleh berperanan untuk memupuk minat terhadap Matematik dan menanamkan pemahaman tentang konsep-konsep asas Matematik sejak awal kanak-kanak lagi.
Ibu bapa boleh bermain permainan nombor dgn anak2; contohnya bila naik tangga kita membilang anak tangga sambil memimpinnya; membilang jari-jari, mengajar anak membandingkan benda yang besar dan kecil, barang yang sama dan berbeza, sedikit dan banyak dan seumpamanya.
Apabila anak meningkat umur prasekolah, ibu bapa perlu perkenalkan permainan matematik yang sesuai dengan umur mereka dan seterusnya apabila anak berada di alam persekolahan, mereka akan meminati matematik dan merasakan matematik itu mudah.
Semoga lebih ramai anak-anak melayu yang minat matematik
No comments:
Post a Comment