Wednesday, November 23, 2011

AKTIVITI ANAK SEMASA CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah telah masuk dua minggu berlalu. Ibu bapa sepatutnya membantu anak-anak merancang cuti panjang mereka. Perancangan ini akan membantu anak-anak mengurus masa cuti sebaik-baiknya serta berfaedah.

Apa yang boleh mereka lakukan?

1. Belajar masak, menjahit, membuat kraftangan dan seumpamanya (bagi anak perempuan)
2. Belajar kemahiran pengkomputeran (multimedia, animasi, bina blog dll)
3. Bercuti bersama kawan-kawan (dalam pengetahuan ibu bapa) atau keluarga
4. Menghadiri perkhemahan (motivasi, ibadah, mempelajari quran, tahfiz dll)
5. Mula belajar beberapa mata pelajaran untuk tahun depan
6. Menghadiri kelas bahasa (Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dll)
7. Menjadi anak angkat kepada keluarga lain

dan banyak lagi program yang boleh diatur sepanjang cuti persekolahan ini.

Semoga kita dapat membantu anak-anak supaya masa cuti mereka tidak habis begitu sahaja....

Saturday, November 5, 2011

Keutamaan korban

Mak ndak : Aisya, mengapa orang kena sembelih lembu?
Aisya : Sebab Allah suruh
Mak ndak : oo macam tu ke..
Aisya : Nanti di akhirat lembu tu akan hidup balik....

Tajuk :
Keutamaan korban
Hadith :
Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”.
(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Huraian
1. Korban adalah salah satu ibadat yang paling disukai Allah S.W.T. yang dilakukan oleh hambanya semata-mata kerana Allah, dan mengharapkan keredhaanNya.
2. Binatang-binatang korban akan datang pada hari kiamat nanti kepada orang yang melakukannya dengan keadaan seperti asalnya.
3. Darah korban itu terlebih dahulu jatuh ketempat yang disediakan oleh Allah S.W.T. sebelum ianya jatuh ke tanah. Darah yang menitis jatuh menjadi keampunan bagi dosa yang telah lalu.
4. Islam menggalakkan umatnya agar berkorban dengan binatang yang disayangi dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kepentingan menjelaskan erti sebenar sesuatu ibadah kepada anak-anak. Mereka akan ingat dan menyampaikan kepada orang lain