Wednesday, April 20, 2011

MENGHAYATI SAINS

Sains adalah satu lagi mata pelajaran di sekolah yang penting untuk anak-anak kita. Pra Sains boleh dipelajari di luar bilik darjah sebelum anak-anak memasuki alam persekolahan.

Walaubagaimanapun sains perlu dilihat sebagai memahami alam dan persekitaran dan bagaimana sesuatu fenomena berlaku dan bagaimana sesuatu peralatan berfungsi yang mana ia boleh meningkatkan lagi keimnanan kita kepada Maha Pencipta jika dihidangkan kepada anak-anak kita dengan kaedah yang sedemikian.

Bagaimana ini dapat dilakukan? Siapa yang akan mengajarnya? Tidak lain dan tak bukan, sebaiknya dari ibu dan (atau) bapa kepada anak-anak ini.

Sebelum boleh membimbing anak-anak, ibu (bapa) perlu belajar srba sedikit ilmu sains asas dan mengadunnya dengan Tauhid kepada Allah dan menggambarkan kebesaran Allah.

Contoh yang dapat saya berikan adalah tentang memperkenalkan pelangi kepada anak-anak.

Semasa anak-anak saya masih kecil, saya memperkenalkannya dengan suatu kaedah saintifik, menjalankan aktiviti untuk memperlihatkan warna-warna pelangi. Dan sekarang, anak-anak saya pula akan menjalankan aktiviti ini kepada cucu-cucu saya.

Beberapa gambar di bawah menceritakan bagaimana ini dilakukan.









Ada banyak lagi aktiviti yang boleh kita jalankan bersama anak-anak untuk memupuk dan menyemaikan minat terhadap sains. Apa yang perlu ibu, bapa dan guru-guru peringkat rendah lakukan ialah banyakkan membaca dan belajar dari mereka yang lebih mengetahui. Insya Allah.

Mudah-mudahan perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada pembaca blog ini.

Friday, April 15, 2011

BELAJAR BERULANG-ULANG

Saya teringat ketika anak-anak kami masih kecil... Ada beberapa CD yang sangat diminati oleh anak-anak kami, antaranya ialah The Land Before Time, Sesame Street, Teletubbies dan lain-lain. Mereka akan menontonnya berkali-kali, berulang-ulang tanpa jemu. Setiap kali menonton, mereka akan mengutip beberapa dialog dan mereka hafal. Sebenarnya inilah salah satu cara mereka belajar. Ibu bapa perlu berperanan ketika itu. Tidak hanya dibiarkan mereka menonton tanpa bimbingan. Contohnya membimbing dan menyatakan tentang nilai-nilai murni yang didapati dalam cerita-cerita tersebut; tidak sombong atau mementingkan diri sendiri, pentingnya hubungan kekeluargaan, hidup bermasyarakat dan lain-lain. Ibu bapa perlu mengolah dalam bahasa yang mudah difahami oleh mereka.

Belajar secara berulang-ulang memang menjadi cara anak-anak belajar; begitu jugalah kaedah yang sepatutnya digunapakai oleh ibu bapa dan guru dalam mendidik anak-anak. Kita tidak perlu jemu terus mengulang-ulangi mengajar mereka. Dalam Islam, kita mengajar anak sembahyang ketika berumur 7 tahun dan memukulnya kalau tidak sembahyang ketika berumur 10 tahun. Jika dihitung berapa kali kita perlu menyuruh secara berulang-ulang (3 tahun x 365 hari x 5 waktu).

Teruskan mendidik anak-anak secara berulang-ulang tanpa jemu